Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 9 August 2012

Macam biasa Lahh.. Kamek still terpikat ngan nyaaa...


Kebelakangan tok, hati kmk jadi sik menentu.. almklum lah, bnyak dah org kmk jumpa. Sekejap sayang ngan nya tok. Sekejap sayang ngan nya ya..mana2 pun kmk sayang.. tapi, ada sorang yang kmk tetap sayang walaupun kmk sayang gilak2 ngan org lain. Nya tok lain bahh..(semua org lain weii!!).. karakteristik yang kmk jumpa kat nya, embak kmk makin tergoda nangga nya. Pendiam(karakter yg kmk paling suka!) dan merendah diri(wahh!!! Lagi kmk suka) rupanya cun melecun(sebagai tambahan), yang penting nya sanggup hidup semati ngan kmk.. wahhh.. tapi, mun cari yang bena2 kedak tok.. susah juak owhh.. nie endak, ada yang pendiam ya, klak nya bisu.. ada yang merendah diri, tapi nang nya rendah(maksud kmk, nangnya xda karakteristik yang boleh meninggi kan nya).. so, ketentuan Tuhan, kmk onn ajak lah..hoh..

6 Ogos.. aku meda y calling ngena public phone skul maya pulai. So cute ehh!! Telephone mummy y indaa.. ngka minta ambi kini.. maya ku meda ya, ya pan meda aku.. tapi dah nyak ya alu malik ke bukai..(koz dah kantoi curi2 meda aku).. hahahaaa!! Ya cute ehh!!  Enti aku ngempu ya, amat enggai aku ngelepas key a. Untung meh kita ke ngempu ya,ya mentas ngau meruan u….gamal ya manah gak, mereti, nelap, ngau paling best, ya imun.. tapi ya kind of, enda entu jampat begulai ngau urang laa.. so, tussah mimit ka bekaban(sebagai langkah mula) ngau urang jenis tok. Laban kitai yang mesti ngepun ke randau  dulu dehh.. penanggul ya, kati enti aku nadai utai ke sebut deh. Ngau penanggul ti pemadu besai, aku nadai apa2 alasan untuk objektif aku bekaban ngau ya. Ex: “hai, aku ka bekaban ngau dik laban dik mentas”..(uhuhhh???!! Duhh!! Eskius me..!).. hahaaa..mesti pikir ya alu ke bukai (“dattebaiyo! Seredah mai cak tok”).. ahahhaa.. nama2 pun, aku tetap ingin ka bekaban ngau ya, laban aku udahmula sayau ke ya. oh ya, siko ni tok?? Nehh, meda kitak, ke padah ku maya perhimpunan nya deh.. paham2 laahhh.. hahahaaa..

-Maya naip blog tok, aku nyo baka ke bejaku Kediri, naip utai sambil mulut kekimut nyaut utai ko diri empu, almaklum era-globalisasi dan modenisasi sejagat-


10 Ogos.. ehhh,, baru2 tok, aku like semua gambar ya arr.. heheheheeee.. ba fb lahhh.. nda kisah lah urg madah apa pun.. duhh!!

Wednesday 25 July 2012

KELAB KEBUDAYAAN (NGAJAT) SMKCH, SIBU.



 Fuhh.. penat lah minggu ni..

Tapi saya jamin minggu ni adalah minggu yang sangat menyeronokkan bagi pecinta seni dan kebudayaan Dayak.  Pada minggu ni, Ahli Kelab Kebudayaan yang terpilih(Seramai 15 orang) telah mengadakan perjumpaan yang beragendakan perbentangan koleografi oleh jurulatih Ngajat Kelab Kebudayaan sendiri. Latihan untuk tarian Ngajat ini adalah untuk persembahan bagi Kelab Kebudayaan dalam Majlis Graduasi pada bulan September 2012 nanti. Hasil yang sangat memberansangkan, semua ahli mampu menyedut semua ilmu yang dicurahkan oleh dua orang koleografi bagi tarian Ngajat iaitu REMY ANAND dan DEBBIE SHARMILA. Perjumpaan pada minggu ini diadakan sebanyak tiga kali(lebih kerap diadakan daripada sebelumnya memandangkan para penari akna menghadapi peperiksaan) iaitu pada hari SELASA, KHAMIS (sesi  pagi)dan JUMAAT(sesi pagi&petang). Tahniah kepada para ahli Kelab Kebudayaan yang terpilih dalam tarian ini. Yang tidak terpilih, anda boleh cuba lagi pada tahun hadapan. Kepada Koleografer, semoga Berjaya dalam proses pengajaran anda.

Sekian,

DOMINIC ANDING,
SMK CHUNG HUA SIBU.

Wednesday 18 July 2012

TERPIKAT DI PANDANGAN PERTAMA


 Apa khabar rakan pembaca? Begitu lamatidak bersua. Kali ini saya nak luahkan perasaan saya yang tengah dilamun godaan seorang individu yang baru pindah kat sekolah tu.
Dia orang yang pendiam. Tenang namun menawan hati yang sudah lama tidak berpunya ini. Walaupun dia lebih awal mengenali dunia ini daripada saya.. tapi saya tak kisah. Kerana saya suka orang yang lebih berpengalaman daripada saya. Kalau mata sudah terpikat, kedut di muka pun tak peduli. Kan?
Bagaimana dia mampu memikat hati saya?
        -Kali pertama saya lihat dia adalah pada hari pertama dia berpindah ke sekolah saya. Mula2 tu, saya buat tak pedulilahh..alaa, maklumlah, saya ingatkan orang yang baru masuk sekolah ni, semuanya sama.. semuanya nakal2 belaka. Tapi, dia ni lain lah.. kelihatan begitu tenang dan pendiam. Maka saya pun mulalah menghidu segala pergerakkan nya sehingga sekarang. Dan saya tahu, dia seorang individu yang begitu setia. Berdasarkan perwatakannya.
Adakah dia mengenali saya?
-      Ermm.. pada mulanya, dia memang tak kenal saya. Malahan, dia tak pernah memandang saya. Saya tahu, sebab saya baru perasan yang pada HARI INI dia begitu ghairah melihat saya. Hahaha.. Bukan apapun, pada hari ini ada perhimpunan, kebetulan penyampaian hadiah untuk pasukan BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2012, dimana saya adalah salah seorang pembahas. Yelaah kann, dah naik pentas tu, mestilah semua orang lihat. Begitu juga dengannya.. Jadi, bermula disaat itu, dia sering curi2 memandang saya. Dan saya pun perasan jugaklahh.. sebab kawan saya yang bagitahu. Ada jugak pada satu masa tu(masa perhimpunan juga lah) saya dan dia bertentangan mata lebih daripada 10 saat dengannnya. Apalagi, saya pun kalah.. sebab saya ni memang tak kuat untuk memandang anak mata individu yang sedang memandang saya. Maka, cairlah hati saya..!!
Bagaimana pula seterusnya?
-      Lepas ni, saya akan berusaha mengorek semua perkara tentang beliau. Dari lahir hingga lah kini.. hehhe.. saya harap kali ini saya tak tersalah pilih seperti yang sebelumnya.

AKhir Kata.. sAalam sejahtera dan salam 1 MALAYSIA. Semoga anda bertemu dengan pujaan hati masing-masing.

Sunday 3 June 2012

CONTOH TEKS BAHAS : PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN


`hai semua.. kmbali lagi ke mood perbahasan. masa ni, team SMK CHUNG HUA VS SMK JALAN OYA. dimana, Pasukan kami(SMK CHUNG HUA) memenangi perbahasan ini.. yang membawa pasukan kami ke semi final pada 23hb Jun 2012 ni. doakan moga kami masuk final. heheee...





Sayang-sayang buah kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang.
         
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
          Persis pihak pembangkang pada hari ini dapat saya analogikan seperti rebung. Keras dipandang, namun dapat saya lenturkan dengan mudahnya. Pihak pembangkang yang saya hormati, saya berharap pihak pembangkang tidak pernah menafikan bahawa kekayaan negara yang kita kecapi merupakan hasil daripada pemerolehan hutan amnya.
Maka kami dari barisan pihak pencadang tetap seia dan sekata, menyokong mauduk kita pada pagi ini. Kami tetap bertunjangkan akar nan teguh berpendapat bahawa PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN adalah benar sama sekali.
 Para hadirin sekalian,
          Untuk melentur hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang sebentar tadi, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang sebentar tadi.






Wahai pihak pembangkang..
*kesalahan tatabahasa
*kesalahan bidasan














Pulau Buan di seberang pekan,
Pergi bedayung menangkap ikan,
Pedang bidasan sudah kuhunuskan
Perisai Pembuktian mohon mulakan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukti baru yang bakal mengukuhkan hujah pencadang pertama kami iaitu,
PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MENJANA EKONOMI NEGARA.
Pihak pembangkang serta para hadirin yang saya muliakan,
          Disini saya ada satu fakta hasil daripada kajian (MITPM) University of Australia yang mengkaji, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 63 negara di dunia yang hasil ekonominya bergantung kepada hasil hutan. Kajian ini turut disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyatakan bahawa pada tahun 1996, sumbangan di dalam sektor penerokaan hutan merupakan penyelamat kepada krisis ekonomi negara pada masa itu. Maka, sudah terang lagi bersuluh, penerokaan hutan wajar diteruskan agar pembangunan ekonomi negara menuju ke arah kegemilangan.


Beralih pula kepada bukti baru yang kedua yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kedua kami bedasarkan hujah,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN SUMBER MAKANAN
Menurut ISMAIL HASHIM YAHAYA dalam Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 menyatakan pandangan bahawa sesebuah Negara akan runtuh jika rakyatnya kelaparan. Hal ini demikian kerana jika rakyat lapar dalam beberapa hari kerana tidak mampu membeli barang makanan yang mahal, mereka pasti menunjukkan kemarahan dan memberontak di jalan-jalan raya. Situasi ini akan menyebabkan negara akan huru-hara dan membantutkan ekonomi Negara. Cubalah pihak pembangkang tidak makan tiga hari, pasti pihak pembangkang juga sukar hendak berhujah di sini. Oleh itu, penerokaan hutan perlu diteruskan untuk menjamin sumber makanan berterusan kepada manusia.  Bukankah begitu pihak pembangkang?








Seterusnya bukti baru kami yang ketiga yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kami yang kedua iaitu,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN PENDIDIKAN RAKYAT
       Pihak pembangkang serta para hadirin sekalian,
          Kita ambil satu contoh negara yang cemerlang di dalam pendidikannya. Finland, telah mengambil langkah untuk meneroka hutan lebih daripada 30% hutan di negara itu demi membina sekolah-sekolah. Rakyatnya tahu bahawa pengorbanan kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi. Maka, dalam masa 17 tahun sahaja, negara Finland merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Dan untuk makluman para hadirin sekalian, kerajaan Finland telah pun mememulihara 70% daripada hutan yang ditebang itu. Maka Pihak pembangkang, Penerokaan hutan amat berguna kepada kita demi meneruskan pembangunan negara. Yang penting kita harus memuliharakannya.
         






Para hadirin serta pihak pembangkang yang saya hormati,
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami pihak pencadang tetap menyokong Tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, iaitu PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN benar sama sekali.
Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon MENCADANG.

Tuesday 8 May 2012

TEKS BAHAS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam ) PEMBANGKANG KE-3


 Macam biasalahhh.. teks bahas ni saya buat sendiri.. heheheee..


Cantik menawan si bunga teratai,
Bunga melati tumbuh melata,
Kedua-dua pembangkang sudah pun selesai,
Pembangkang ketiga junjung dipinta.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
          Sayang seribu kali sayang, Hujah pencadang umpama bunga teratai,cantik dipandang namun tidak berjejak di bumi yang nyata. Pihak pencadang yang saya sanjungi, sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa peperiksaan awam memberikan pelbagai manfaat kepada semua pihak.
          Maka kami dari barisan pihak pembangkang tetap berdiri di landasan yang nyata, KURANG BERSETUJU dengan tajuk perbahasan yang diutarakan pada hari ini. Iaitu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam adalah TIDAK BENAR sama sekali!
Para hadirin sekalian,
          Untuk menolak hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh pihak pencadang sebentar tadi.





Kelemahan Pertama yang dilakukan oleh pihak pencadang adalah
Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak pencadang 
Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pencadang pula adalah,





 Pulau buan sberang pekan,
Pergi bedayung menangkap ikan,
Pedang Bidasan sudah kuhunuskan,
Perisai pembuktian mohon mulakan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bukti baru yang bakal mengukuhkan hujah pembangkang yang pertama adalah,
Peperiksaan Awam standard dan seragam.
         
           Warga dewan yang saya hormati sekalian, Bekas Perdana Menteri Mlaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah berkata, “ Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersih dan bermutu tinggi. Dengan ini, setiap peperiksaan awam yang mereka duduki merupakan satu-satunya jambatan untuk mereka berjaya pada thun 2020 nanti.” Maka pihak pencadang yang disegani, tak perlulah sekadar berbicara manis kerana sudah terbukti, pepriksaan awam mampu menjanjikan  kejayaan kepada kita pabila menjelang 2020 kelak.
         




Beralih pula kepada bukti baru kami yang kedua yang bakal mengukuhkan hujah pembangkang yang kedua iaitu,
Menjadi motivasi pelajar.
           Warga dewan yang saya muliakan, saya percaya semua para hadirin pernah menghadapi saat yang gental terutamanya menghadapi peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Jika diimbau kembali ke masa lampau disaat kita duduk di bangku sekolah, sebelum peperiksaan awam bermula sudah pasti anda pernah berfikir, “ Peperiksaan awam kali ini,Saya mesti buat yang tebaik agar dapat mengejar cita-cita pabila dewasa kelak”. Dan di saat itu secara implisitnya anda akan dapat memotivasikan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Pihak pencadang serta warga dewan sekalian, bicara saya bukan manis dibibir sahaja. Namun pendapat saya telah disokong oleh satu kajian (D.I.P.M.) London Institute of Education yang mengkaji, 92.87% para pelajar mampu memotivasikan diri mereka dan mempunyai cita-cita hanya berdasarkan peperiksaan yang mereka hadapi. Nah! Sudah nyata lagi realiti, Pperiksaan awam mampu memotivasikan seorang pelajar.


Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami pihak pembangkang tetap tidak bersetuju dengan Tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, Kami berpendapat bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam adalah TIDAK BENAR sama sekali!


Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Membangkang.




Bahas Piala Ketua Menteri 2012
(Menteri ke-3)

Sunday 22 April 2012

Kesan-Kesan Ponteng Sekolah (Pertandingan Menulis Esei 2012 peringkat kelas jerr)


Yippiii!!! siap jugak aku punya assignment.. hehee.. tentang Kesan-kesan Ponteng Sekolah.. yang ni standard sekolah menengah jerr pun. yang akan aku htr esok.. eheheee.. susah jugak lah. meh sama2 baca..






Kesan Kesan Ponteng Sekolah
Oleh : Dominic anak Anding (5B)

            Selaras dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan, pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah. Terdapat pelbagai kesan-kesan ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru.
          
           Bermula dari peringkat pencapaian sekolah, pelajar-pelajar yang ponteng sekolah dapat mencenderungkan pemunduran pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah. Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya  pelajar itu tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas putih pencapaian akademik sekolah.

Tambahan pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak.
         
      Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dikalangan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah di Malaysia. Sememangnya kita sudah sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak yang semedang ingin mencuba sesuatu yang baru. Ketiadaan pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah menjerumuskan mereka ke lurah kesesatan yang juga memberikan impak yang amat teruk terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan tabiat yang negatif. Contohnya, melepak, seks bebas, menagih dadah, menjadi pelesit kota, lumba haram serta mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.

          Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan sahih, gejala ponteng sekolah memberikan impak negatif terhadap imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka tembok mempelesitkan diri di ceruk kota dan memampangkan diri mereka dihadapan para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya memberikan perspektif yang negatif  terhadap para pelancong yang ingin melihat keunikan Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya menuntut ilmu di sekolah telah menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara telah hilang budaya ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan pelajar yangponteng sekolah. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah ini telah mengguris nama baik Malaysia.

          Kesimpulannya, berdiri di atas landasan kebenaran, gejala ponteng sekolah sememangnya membawa kesan negatif terhadap pelbagai pihak. Rentetan itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan demi mensifarkan gejala ponteng sekolah yang acapkali meruncingkan keadaan. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu, tenaga pelbagai pihak haruslah disumbangkan demi melahirkan modal insan yang mampu mencerahkan masa depan negara ke arah wawasan 2020.









          

Saturday 31 March 2012

Debate Speech EQ and Not IQ determines how successful A person Become.(Goverment)

Ladies and gentlemen,
   My first point is high EQ enables people to have positive traits. According to a book written by Daniel Goleman(a famed researcher) entitled “Emotional Intelligince or EQ :”Why it can Matter More than IQ. People who posses high degree of EQ know themselves very well. They know what they want in life and go about doing things in
Order to achieves a high social status. A survey was carried out and it has been that people with high EQ are not only productive and succesful, infact, they go on to influencing others to become productive and succesful too..! One good example is Bill Gates of Microsoft . My dear opposition, do you know who he is?
Yes I am sure you know.. But do you know that he has high EQ?? No Right!! Well,he has shown us that a high EQ is necessary for one’s success as he has helped to relieve much suffering and pain of others he has helped. Not just one or two, but MILLIONS of people(I repeated, Million of people!)How is this possible?
 Well, he has pledged to donate all his wealth
(US $58 billion) to charity after his death. No doubt, only a person with high EQ can do this. His generousity  and Willingness to help others have led him to create hope in the poor. This hope is indeed needed to motivate them to move forward and Wilingness to
Help others have led him to create hope in the poor. This hope is indeed needed to motivate them to move forward and excel in life. Bill Gate’s succes is hence not only measured in term of money but also in term of the number of people who he has helped to become productive and successful.
Ladies and gentlemen,
It would be foolish to assert that good old fashioned IQ and technical ability are not important ingredients in determining the success of a person. But the recipe would not be complete witout emotional inteligince or EQ. It was once thought that the components of EQ were “nice to have”
For Success but now we know, these are ingredients that we need to “ have and we must have”.
It is fortunate, then, that emotional Intilligence can be learned. The process is not easy. It takes time and most of all, comitment. Butt the benefits of having a well-developed EQ definitely determines
how a successful person becomes in Life!

Charles Darwin Onces said, “It is not the strongest species that survives, nor the most intelligent, but the one most responsive to change.”



Can an individual with an average IQ be more succesful than IQ genius?  The answers is YES. But only if the undividual in a question has a higher level of EQ:
IQ will Get You Through School but, EQ will get You through Life.
 Therfore Ladies and Gentlemen,
Let me stress again that we, the goverment, believes that EQ and not IQ determines how successful a person becomes. Once again, we the Goverment strongly believes that, EQ is more important than IQ in order to achieve success in life. With this, I rest my case.
THANK YOU..!





 A very Good Morning, Honorable Chairperson, fair and just adjudicators respected timekeepers, my worthy opponents and members of the floor. Today, the house is going to debate on the motion “ EQ and not IQ determines how successful a person becomes”. We the Goverment, Strongly believes that EQ and not IQ
determines how successful a person Becomes.
First of all me to define the term EQ or Emotional Quotient. According to Wikipedia, EQ or Emotinal Intelligence is the ability to INDENTIFY, ASSESS, snd CONTROL the emotions of oneself, of others and of groups” whereas IQ or Intelligince Quotient
Is defined as “a measure of a person’s intelligence as indicated by an intilligence test; the ratio of a person’s mental age to their chronological age(mutlipied by 100). Collins’ English Dictionary also defines “successful” as having succeeded in one’s endeavours;  marked by a favourable outcome; and having obtained,fame, wealth and so on.
In Other words, Emotional Quotient(EQ) is the ability to feel, whil;e intelligence quotient(IQ) is the ability to think. EQ does not mean giving free reinto feelings, rather it means managing feelings so that they are expressed appropiately and effectively, enabling people to work together smoothly toward their common goals.
Compared to IQ and expertise, EQ matters twice as much to achieve excellence in different professions and it is particularly central to leadership.

As the first speaker of the Goverment I will put forward my points strongly supporting the motion that “EQ and not IQ, determines how
Succesful a persons becomes”. Our Second speaker will rebut the points put forward by the first speaker of the opposition. She will also convice ypu all through the points raised that success does not automatically follow those who posess a high IQ rating. Last but not least, our third speaker will rebut the points put forward by the first and
Seconds speaker of the opposition.



Saya Sayang Mak Sampai Bila-Bila!!!

-Really miss Mummy so muchh :'(...-


KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .



Friday 23 March 2012

Not Bad for me.. but Terrible for my FamiLy!

emm.. apakhabar semua??!! 
diharapkan agar semua para blogger hari ni sihat2 semua da ceria ceria selalu..
saya nak kongsikan satu cerita, kira macam pengalaman macam tu lahh... namun bukan lah pengalaman,, setengah lahh... hahaa..
sedia maklum sebelum cuti ni, pasti semua sekolah ujian kan? sama juga dengan sekolah kami.. masa cuti tu, berdebar2 rasanya nak tahu keptusan masing2.. hehee..jadi, keputusan saya adalah hasil usaha saya sendiri.. hehe


Isnin..


Pendidikan Moral
-yaa..hari pertama bersekolah dan Kertas ujian Pertama yang saya terima..Pendidkan Moral gelaran diberi.. hahaha..awal pagi.. lpasbalik dari bertugas(saya ni pngawas veteran nak pencen sudah) cigu tersenyum tengok saya.. hehe.. lpas semua pelajar sampai kelas, cigu pun bagilahkertas ujian.. 
        " ok kelas, Markah paling tinggi adalah Dominic Anding.. 94.."
gulpp!!!hahahaa... gembira rasa dihati..
-almaklum, ini adalh berkat usaha saya selama ni.. saya tak pernah tinggalkan kerja P.Moralcigu ni.. dan yang bez nya, saya buat semua latihan cigu ni dengan hasil titik peluh saya sendiri.. daripada saya meniru, lebihh baik tak perlu buat.. kan?


Bahasa Malaysia
-Seterusnya, kertas ujian kedua saya pula..yaa.. BM.. sabjek paling saya sayang..actually, saya admire cigu BM saya tuu.. hahaa..  thats why la saya minat..emm, mArkah saya kali ni plak 61.. not bad.. tetapi perlu usahakan lagi.. kali ni, saya salah buat bahagian rumusan.. dsebabkan nak melebih-lebih, saya tulis bahagian kesimpulan tu menggunakan SEBAGAI INTIHA.. hhahaa.. totally salah!! untukmakluman pembaca, format bahagian rumusan>kesimpulan, anda hanya bileh gunakan 3 pekataan untuk mengungkapkan penyimpulan..iaitu, KESIMPULANNYA,KONKLUSINYA, DEDUKSINYA... hahaa..
-sebagai hukuman, saya dihukum untuk menulis perkataan KESIMPULANNYA sebanyak 1000 kali!! yaaa.. 1000 kali!! emm.. memang lenguh lerr tangan menulisnya.. tapi saya tetap buat,..sebab ini semua keslahan saya yang terlalu nakmemandai buat kerja.. hahaaa..




Bahasa Inggeris


-Kertas Ketiga saya pulak.. Bahasa iNggeris..saya merangkul markah sebanyak 67 jee.. hehee.. komen cigu, karangan saya mantap, cuma mengelirukan dan terlalu panjang.. hahahaa.. so.. no komen wit it.. hehee




Physics
-yahh.. paper ke-4.. pembunuh.. saya dapaaatt 18 saja..!! huhuhuuuu.. teruklahh.. ternyata saya bukan dilahirkan untuk bidang enjinier.. hehee..punya lah panjang jawapan esei yang saya bagi.. tapi, dapat 3 markah saja..! ceii.. hahahaa.. 








--untuk hari isnin, keluar 4 paper saja.. hehee..jadi, lain kali saya kontiniu yang lain plak k.. hehe---

Monday 12 March 2012

Kemalangan Mental...! Aduhh!



haaiiisshhh!!! 3 minggu ni, otak ku cuukkupp penat...!!

faktor yang menyebabkan aku penat:

1) kena hafal teks bahas sebanyak 4 topik straight.(2 minggu lebih)
      -setiap teks tu, kena buat sendiri, cari bidasan(minimum=7),hujah..
2)ujian dari awal pagi sampai petang(selama seminggu)

ahhrrgghh.. dan aku dapat merasakan bahawa motor mental aku makin perlahan kebelakangan nii.. 

antara perlakuan bodoh aku kebelakangan ni:
1)aku susah nak melafazkan aku,smpai ada kawan yg menolong aku becakap..!

2) tak tau la, masa tu aku tengah tido(penat buat ujian math).. tiba2 cigu bangunkan aku, "dom,nanti ada kelas bahas, tolong bagi tau pembahas yang lain,.siapa lagi pembahas lain??" cikgu tanya aku dalam bahasa Melayu..
Biasalaa kan, masa tu baru bangun tido, otak pun slow nak 'restart'..jadi aku amik masa beberapa saat merenung cikgu dan tengah berfikir siapa pembahas lain..tiba2 aku jawab, memang betol laaa aku jawab..tapi yang buduh nyaa, aku jawab dalam bahasa Iban
 "enda nemu(tidak tahu)"...!! ,jawabku dengan blurrnya.
eskius mee,, cigu tu bangsa cina okeyh.. hprak punya aku..lepas tu baru aku perasan aku tersalah translate.. ahhaaa..kawan2 aku kat tepi pun ketawa bedekah, sedangkan masa tu ujian..!

3) hari ni, laz paper aku, Add Math.. duhh!!! tensyen.. lepas tu aku balik, naik bas lahh..!
lepas bas sampai, aku naik, lepas tu duduk. lepas tu konduktor tu cuit bahu aku(nak minta tambang laa tuu)..  dalam pikiran aku,
 'apahal dia ni??!!'.. pikirku dengan blurrnya.. hahahaa!!! bodo lahh.
'lepas tu dia buat 'action' untuk duit.
 korang pun paham2 lahh macam mana..'aku pun buat muka blurr lagi
'lepas tu dia geramm, dia pun cakap, 
"tambang nuan bujang, tambang nuan"..@ "bayar tambang,adik.. bayar tambang!!".... wahahaa..
lepas tu akupun keluar kan duit.. 
lagi bodoo bila aku keluarkan RM 1.20..! sebab, kalau dari sekolah-rumah, tambangnya, RM 1.00 sahaja.. apaaaraii... melayang RM0.20 aku...

:

lihatlah rakan2 ku sekalian, jangan lah kamu menteladani aku..
 rehat2 kanlah minda kamu. jangan terlalu banyak kerja... masa cuti seminggu ni pun, bukanya cuti pun.. aku kena hadiri kelas tambahan bagi addmath dan physics dan juga kelas BAHAS BI.. aduuhhh..penatlahh!!




Friday 9 March 2012

Bad Weather? I Love It!!

esok start tuisyen.. argghh..boring nyerr..
alangkah bagus kalo esok pagi aku bangun, hujan+ribut+petir melanda.. saya suka bangun pagi dengan cuaca macam tu... seriously, ianya menenangkan aku.
Bangun pagi didalam kesejukkan.. ditambah plak ngan tiupan angin yang sejuk.. dan bau-bauan rumput yang disiram air.. wahh!! bes nyee!!bila ada petir??wahh.. tak dengar apa2.. beznye.


-dominic-

Dominic Anding: Contoh Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Ketiga-Pembangkang)

Dominic Anding: Contoh Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Ketiga-Pembangkang)

-dominic-

Contoh Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Ketiga-Pembangkang)

   Muahahaaaa.. Ini adalah antara Teks Bahas yang saya gunakan untuk Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala-Parlimen 2012. Dan untukmakluman pembaca, Teks ini disediakan 100% oleh saya sendiri. yaa.. saya buat sendiri. tanpa bantuan guru. ada tu memang ada laa.. cikgu semak struktur ayat saya, cigu jugak lah yang menasihati saya dalam bahagian persembahan. hehe..jadi, bacalah hasil air tangan saya sendiri.. hehe.. bagus nih!



Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan.
Sayang-sayang Buah Kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang,
Jaga-jaga Pihak Pembangkang,
Menteri Ketiga, datang bertandang.

Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media massa sememangnya mendatangkan banyak keburukan. Maka kami di barisan Kerajaan masih seia  dan sekata, menyokong Usul pada pagi ini.Kami berpegang teguh kepada pendirian kami bahawa Media massa mendatangkan keburukan.

Tuan Yang Dipertua,
            Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihakPembangkang, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan Pembangkang sebentar tadi.

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak Pembangkang ialah…



Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak pembangkang pula ialah…




Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pembangkang ialah.


Tuan Yang Dipertua,
Terlangsai sudah hutang membidas. Kini marilah saya berikan bukti-bukti baru melalui aspek penyalahgunaan kebebasan media massa.

Ahli dewan yang saya muliakan,
Bukti baru kami yang pertama adalah melalui satu kontroversi yang dihasilkan oelh rakyat Malaysia sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih dikenali sebagai Namewee. Beliau telah memuat naik video yang dirakam sendiri olehnya PADA 15 januari 2007 ke dalam (mohon izin yang dipertua) You Tube. Di dalam video ini, beliau telah menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk (mohon izin yang dipertua) I Love My Country Negarakuku.
Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang dimuat naik ini telah digunakan sebagai medium untuk mengkritik Kerajaan Malaysia dari perspektif beliau. Dimana lebih SATU MILLION penonton dalam masa sebulan sahaja. Maka, Kebebasan Media massa telah menjatuhkan maruah Negara sendiri.


Manakala Bukti Baru Kedua kami pula adalah,

            Julian Assange pernah dipenjara selama 10 TAHUN kerana melakukan satu jenayah besar iaitu menggodam sistem Telekomunikasi Negara Australia dan Universiti-Universiti di Australia. Dan jenayah beliau hanya dapat dibuktikan dan dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu dilakukan.
            Tindakan beliau telah membahayakan system Keselamatan Negara sendiri, yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan mereka.

Hadirin yang saya hormati,
Beralih pula kita kepada bukti baru kami yang ketiga.
Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian Buletin Keselamatan Masyarakat di Amerika Syarikat mendapati lebih sejuta kes jenayah membabitkan kanak-kanak, kebanyakan berpunca daripada pengaruh media elektronik.
Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan satu daripada lebih sejuta kes jenayah yan saya katakan tadi.
Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mencadangkan kepada ayahnya memberikan gurunya sebungkus gula-gula beracun.
Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak itu marah berikutan guru berkenaan memberi markah rendah kepadanya dalam peperiksaan. Apabila ditanya si ayah siapa yang mengajarnya berbuat demikian, si anak pantas menjawab,
 ‘’Saya menonton satu adegan di televisyen’’
Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan media massa yang keterlaluan ini merisikokan nyawa seorang guru yang hanya menjalankan tanggungjawab nya sahaja. Wajarkah guru menerima Arus kebebasan media massa ini dengan menggadaikan nyawanya sendiri?

Tuan Yang Dipertua, Serta Warga Dewan Sekalian
 Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami tetap Menyokong Usul yang dibentangkan pada hari ini, KEBEBASAN MEDIA MASSA MENDATANGKAN BaNYAK KEBURUKAN

Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Mencadang.


..yaa.. saya buat Satria tunggal Chunghua, sebab saya sorang ja pembahas lelaki masa tu.hehe.
sumber: Michelle Tee Sieh Wey.

Foto : Dari Kiri, Pembahas Pertama:Michelle Tee Sieh Wey.. Pembahas Kedua:Nur Syukrina Bt. Mahmud.. Pembahas Ketiga: Dominic Anding .. 
Tiada dalam Gambar: Lorita Anak Danggat(Menteri ke-4:Pencelah).. Fung Xin Ru(Menteri Ke-5:Pencelah)