Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 22 April 2012

Kesan-Kesan Ponteng Sekolah (Pertandingan Menulis Esei 2012 peringkat kelas jerr)


Yippiii!!! siap jugak aku punya assignment.. hehee.. tentang Kesan-kesan Ponteng Sekolah.. yang ni standard sekolah menengah jerr pun. yang akan aku htr esok.. eheheee.. susah jugak lah. meh sama2 baca..






Kesan Kesan Ponteng Sekolah
Oleh : Dominic anak Anding (5B)

            Selaras dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan, pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah. Terdapat pelbagai kesan-kesan ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru.
          
           Bermula dari peringkat pencapaian sekolah, pelajar-pelajar yang ponteng sekolah dapat mencenderungkan pemunduran pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah. Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya  pelajar itu tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas putih pencapaian akademik sekolah.

Tambahan pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak.
         
      Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dikalangan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah di Malaysia. Sememangnya kita sudah sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak yang semedang ingin mencuba sesuatu yang baru. Ketiadaan pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah menjerumuskan mereka ke lurah kesesatan yang juga memberikan impak yang amat teruk terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan tabiat yang negatif. Contohnya, melepak, seks bebas, menagih dadah, menjadi pelesit kota, lumba haram serta mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.

          Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan sahih, gejala ponteng sekolah memberikan impak negatif terhadap imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka tembok mempelesitkan diri di ceruk kota dan memampangkan diri mereka dihadapan para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya memberikan perspektif yang negatif  terhadap para pelancong yang ingin melihat keunikan Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya menuntut ilmu di sekolah telah menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara telah hilang budaya ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan pelajar yangponteng sekolah. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah ini telah mengguris nama baik Malaysia.

          Kesimpulannya, berdiri di atas landasan kebenaran, gejala ponteng sekolah sememangnya membawa kesan negatif terhadap pelbagai pihak. Rentetan itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan demi mensifarkan gejala ponteng sekolah yang acapkali meruncingkan keadaan. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu, tenaga pelbagai pihak haruslah disumbangkan demi melahirkan modal insan yang mampu mencerahkan masa depan negara ke arah wawasan 2020.