Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 3 June 2012

CONTOH TEKS BAHAS : PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN


`hai semua.. kmbali lagi ke mood perbahasan. masa ni, team SMK CHUNG HUA VS SMK JALAN OYA. dimana, Pasukan kami(SMK CHUNG HUA) memenangi perbahasan ini.. yang membawa pasukan kami ke semi final pada 23hb Jun 2012 ni. doakan moga kami masuk final. heheee...





Sayang-sayang buah kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang.
         
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
          Persis pihak pembangkang pada hari ini dapat saya analogikan seperti rebung. Keras dipandang, namun dapat saya lenturkan dengan mudahnya. Pihak pembangkang yang saya hormati, saya berharap pihak pembangkang tidak pernah menafikan bahawa kekayaan negara yang kita kecapi merupakan hasil daripada pemerolehan hutan amnya.
Maka kami dari barisan pihak pencadang tetap seia dan sekata, menyokong mauduk kita pada pagi ini. Kami tetap bertunjangkan akar nan teguh berpendapat bahawa PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN adalah benar sama sekali.
 Para hadirin sekalian,
          Untuk melentur hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang sebentar tadi, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang sebentar tadi.






Wahai pihak pembangkang..
*kesalahan tatabahasa
*kesalahan bidasan














Pulau Buan di seberang pekan,
Pergi bedayung menangkap ikan,
Pedang bidasan sudah kuhunuskan
Perisai Pembuktian mohon mulakan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukti baru yang bakal mengukuhkan hujah pencadang pertama kami iaitu,
PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MENJANA EKONOMI NEGARA.
Pihak pembangkang serta para hadirin yang saya muliakan,
          Disini saya ada satu fakta hasil daripada kajian (MITPM) University of Australia yang mengkaji, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 63 negara di dunia yang hasil ekonominya bergantung kepada hasil hutan. Kajian ini turut disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyatakan bahawa pada tahun 1996, sumbangan di dalam sektor penerokaan hutan merupakan penyelamat kepada krisis ekonomi negara pada masa itu. Maka, sudah terang lagi bersuluh, penerokaan hutan wajar diteruskan agar pembangunan ekonomi negara menuju ke arah kegemilangan.


Beralih pula kepada bukti baru yang kedua yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kedua kami bedasarkan hujah,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN SUMBER MAKANAN
Menurut ISMAIL HASHIM YAHAYA dalam Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 menyatakan pandangan bahawa sesebuah Negara akan runtuh jika rakyatnya kelaparan. Hal ini demikian kerana jika rakyat lapar dalam beberapa hari kerana tidak mampu membeli barang makanan yang mahal, mereka pasti menunjukkan kemarahan dan memberontak di jalan-jalan raya. Situasi ini akan menyebabkan negara akan huru-hara dan membantutkan ekonomi Negara. Cubalah pihak pembangkang tidak makan tiga hari, pasti pihak pembangkang juga sukar hendak berhujah di sini. Oleh itu, penerokaan hutan perlu diteruskan untuk menjamin sumber makanan berterusan kepada manusia.  Bukankah begitu pihak pembangkang?








Seterusnya bukti baru kami yang ketiga yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kami yang kedua iaitu,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN PENDIDIKAN RAKYAT
       Pihak pembangkang serta para hadirin sekalian,
          Kita ambil satu contoh negara yang cemerlang di dalam pendidikannya. Finland, telah mengambil langkah untuk meneroka hutan lebih daripada 30% hutan di negara itu demi membina sekolah-sekolah. Rakyatnya tahu bahawa pengorbanan kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi. Maka, dalam masa 17 tahun sahaja, negara Finland merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Dan untuk makluman para hadirin sekalian, kerajaan Finland telah pun mememulihara 70% daripada hutan yang ditebang itu. Maka Pihak pembangkang, Penerokaan hutan amat berguna kepada kita demi meneruskan pembangunan negara. Yang penting kita harus memuliharakannya.
         






Para hadirin serta pihak pembangkang yang saya hormati,
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami pihak pencadang tetap menyokong Tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, iaitu PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN benar sama sekali.
Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon MENCADANG.