Yippiii!!! siap jugak aku punya assignment.. hehee.. tentang Kesan-kesan Ponteng Sekolah.. yang ni standard sekolah menengah jerr pun. yang akan aku htr esok.. eheheee.. susah jugak lah. meh sama2 baca..
Kesan Kesan Ponteng Sekolah
Oleh : Dominic anak Anding (5B)
Selaras
dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan,
pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi
kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial
para remaja sedikit sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para
masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang semenjana parah adalah masalah
ponteng sekolah. Terdapat pelbagai kesan-kesan ponteng sekolah yang mampu
memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya pelajar itu
sendiri,masyarakat mahupun guru.
Bermula dari peringkat pencapaian sekolah, pelajar-pelajar yang ponteng sekolah dapat
mencenderungkan pemunduran pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah.
Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal
ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di
dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya pelajar itu tidak dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot
dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak
kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan
pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas putih pencapaian
akademik sekolah.
Tambahan
pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah
menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru
disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana
tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar
yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap
corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang
ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri
masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh
pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan
sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan,
namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara.
Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak.
Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dikalangan pelajar dapat
menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah di Malaysia. Sememangnya kita
sudah sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak yang semedang ingin
mencuba sesuatu yang baru. Ketiadaan pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau
mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah menjerumuskan mereka ke
lurah kesesatan yang juga memberikan impak yang amat teruk terhadap pelbagai
pihak. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan
tabiat yang negatif. Contohnya, melepak, seks bebas, menagih dadah, menjadi
pelesit kota, lumba haram serta mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula,
siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng
sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu
sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa kini diibaratkan seperti
kera mendapat bunga.
Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan
sahih, gejala ponteng sekolah memberikan impak negatif terhadap imej negara.
Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka
tembok mempelesitkan diri di ceruk kota dan memampangkan diri mereka dihadapan
para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya memberikan perspektif yang
negatif terhadap para pelancong yang
ingin melihat keunikan Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya
menuntut ilmu di sekolah telah menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para
pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi
bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara telah hilang budaya
ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat
ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak
di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka
diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan pelajar yangponteng
sekolah. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah ini telah mengguris nama baik
Malaysia.
Kesimpulannya, berdiri di atas landasan kebenaran, gejala
ponteng sekolah sememangnya membawa kesan negatif terhadap pelbagai pihak.
Rentetan itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan demi mensifarkan gejala
ponteng sekolah yang acapkali meruncingkan keadaan. Bak kata pepatah, bersatu
teguh bercerai roboh. Oleh itu, tenaga pelbagai pihak haruslah disumbangkan
demi melahirkan modal insan yang mampu mencerahkan masa depan negara ke arah
wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment