Macam biasalahhh.. teks bahas ni saya buat sendiri.. heheheee..
Cantik menawan si bunga teratai,
Bunga melati tumbuh melata,
Kedua-dua pembangkang sudah pun selesai,
Pembangkang ketiga junjung dipinta.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
Sayang seribu
kali sayang, Hujah pencadang umpama bunga teratai,cantik dipandang namun tidak
berjejak di bumi yang nyata. Pihak pencadang yang saya sanjungi, sememangnya
kita sudah sedia maklum bahawa peperiksaan awam memberikan pelbagai manfaat
kepada semua pihak.
Maka kami dari
barisan pihak pembangkang tetap berdiri di landasan yang nyata, KURANG
BERSETUJU dengan tajuk perbahasan yang diutarakan pada hari ini. Iaitu,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam adalah
TIDAK BENAR sama sekali!
Para hadirin sekalian,
Untuk menolak hujah
yang dikemukakan oleh pihak pencadang, saya akan mendedahkan
kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh pihak pencadang sebentar tadi.
Kelemahan Pertama yang dilakukan oleh
pihak pencadang adalah
Kelemahan kedua yang dilakukan oleh
pihak pencadang
Kelemahan ketiga yang dilakukan
oleh pihak pencadang pula adalah,
Pulau buan sberang pekan,
Pergi bedayung menangkap ikan,
Pedang Bidasan sudah kuhunuskan,
Perisai pembuktian mohon mulakan.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukti baru yang bakal mengukuhkan hujah pembangkang yang
pertama adalah,
Peperiksaan
Awam standard dan seragam.
Warga dewan
yang saya hormati sekalian, Bekas Perdana Menteri Mlaysia iaitu Tun Dr.
Mahathir Mohammad pernah berkata, “
Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersih dan bermutu tinggi. Dengan ini,
setiap peperiksaan awam yang mereka duduki merupakan satu-satunya jambatan
untuk mereka berjaya pada thun 2020 nanti.” Maka pihak pencadang yang
disegani, tak perlulah sekadar berbicara manis kerana sudah terbukti,
pepriksaan awam mampu menjanjikan
kejayaan kepada kita pabila menjelang 2020 kelak.
Beralih pula kepada bukti baru kami yang kedua yang bakal
mengukuhkan hujah pembangkang yang kedua iaitu,
Menjadi
motivasi pelajar.
Warga dewan yang saya muliakan, saya percaya
semua para hadirin pernah menghadapi saat yang gental terutamanya menghadapi
peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Jika diimbau kembali ke masa lampau
disaat kita duduk di bangku sekolah, sebelum peperiksaan awam bermula sudah
pasti anda pernah berfikir, “ Peperiksaan awam kali ini,Saya mesti buat yang
tebaik agar dapat mengejar cita-cita pabila dewasa kelak”. Dan di saat itu
secara implisitnya anda akan dapat memotivasikan diri sendiri untuk mencapai
kejayaan. Pihak pencadang serta warga dewan sekalian, bicara saya bukan manis
dibibir sahaja. Namun pendapat saya telah disokong oleh satu kajian (D.I.P.M.)
London Institute of Education yang mengkaji, 92.87% para pelajar mampu
memotivasikan diri mereka dan mempunyai cita-cita hanya berdasarkan peperiksaan
yang mereka hadapi. Nah! Sudah nyata lagi realiti, Pperiksaan awam mampu
memotivasikan seorang pelajar.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan
sekali lagi bahawa Kami pihak pembangkang tetap tidak bersetuju dengan Tajuk
perbahasan yang dikemukan pada hari ini, Kami berpendapat bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada
peperiksaan awam adalah TIDAK BENAR sama sekali!
Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Membangkang.
Bahas Piala
Ketua Menteri 2012
(Menteri
ke-3)
4 comments:
Thank you sangat2 sebab teks ni banyak bantu saya :)
x de bahas pembangkang pertama,ke-2 & ke-4 ke???
Terima kasih sebab memberikan serba sedikit idea buat saya ....
Terima Kasih.. Benda nie banyak membantu saya..
Post a Comment