Bagi yang masih blur untuk cari bidasan mengenai PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH, ni saya kasi derma sedikit.. korang suaikan lah dengan isi yang sesuai ye.. bidasan ni jangan main hentam je.. macam pisau lah, takkan lah satria nak turun beperang lah.. kena guna pedang yang sesuai.. takkan nak guna pisau biasa kot? Lain lah kalau korang betul2 pandai twist kan isi tu sikit supaya ada kaitan.. k.. Bidasan ni untuk Bahas Bahasa Melayu hari tu lahh.. dimana Team saya(SMK CHUNG HUA) menang dalam pertandingan tersebut..nikmati lah.
PBS
kurang baik berbanding peperiksaan awam. Contohnya, lihatlah
projek Linus untuk menguji kebolehan membaca, menulis dan mengira bagi
murid-murid darjah satu hingga tiga. Projek ini dijalankan dalam Bahasa
Malaysia sedangkan menurut teori pendidikan,
ujian sebegitu harus dijalankan dengan bahasa yang murid-murid paling
biasa termasuklah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. P egawai
pentadbiran tahu arahan ini tidak dapat
dilaksanakan, tetapi pihak atasan menetapkannya sekeras-kerasnya dengan menggunakan
kuasa pentadbiran disebabkan pertimbangan politik. Oleh itu, PBS tidak dapat menjamin keadilan
dan kesaksamaan dalam pendidikan. Jika begitu, mengapa PBS dikatakan lebih baik
daripada peperiksaan awam?
Peperiksaan awam telah
diadakan lebih daripada 50 tahun iaitu
setelah adanya Penyata Razak 1956. Peperiksaan awam yang dikendalikan ketika
itu ialah Malayan Secondary School
Entrance Examination (MSSEE) Lower Certificate of Education (LCE). Hal tersebut
berterusan melalui Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Kabinet (1979), dan
Akta pendidikan 1996. Sepanjang tempoh tersebut, ramai tokoh ilmuan serta
pemimpin telah kita lahirkan sedangkan penilaian berasaskan masih dalam fasa
percubaan dan belum lagi ada pencapaiannya. Oleh itu, pihak pencdang, bagaimanakah
PBS boleh lebih baik daripada peperiksaan awam.
Dari aspek pelaksanaan. Selain
komponen dan jaringan Kementerian Pelajaran, penyertaan pelaksanaan PBS perlu
membabitkan beberapa organisasi seperti kesatuan guru, majlis pengetua dan guru
besar. Organisasi mewakili ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik,
profesional, media massa, politik dan pelajar sendiri. Jika semua
komponen ini tidak dapat bekerjasama untuk menjayakannya, kita tidak dapat buat
keputusan bahawa PBS lebih baik daripada peperiksaan?
Seterusnya, PBS adalah suatu
perkara yang baharu? Oleh itu, tak kira ibu bapa, guru atau murid tidak yakin
bahawa transformasi tersebut adalah lebih baik daripada peperiksaan awam
sedangkan telah pun diyakini oleh semua pihak bahawa peperiksaan awam mampu
menguji pencapaian prestasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Selain itu, menurut pakar motivasi DR.HM
Tuah, perubahan memang senang dilakukan namun untuk kekal pada perubahan
tersebut adalah sukar sekali.
No comments:
Post a Comment