`hai semua.. kmbali lagi ke mood perbahasan. masa ni, team SMK CHUNG HUA VS SMK JALAN OYA. dimana, Pasukan kami(SMK CHUNG HUA) memenangi perbahasan ini.. yang membawa pasukan kami ke semi final pada 23hb Jun 2012 ni. doakan moga kami masuk final. heheee...
Sayang-sayang
buah kepayang,
Sayang
Hujah Pembangkang Pincang.
Terima
kasih Tuan Pengerusi Majlis,
Persis pihak pembangkang pada hari ini
dapat saya analogikan seperti rebung. Keras dipandang, namun dapat saya
lenturkan dengan mudahnya. Pihak pembangkang yang saya hormati, saya berharap
pihak pembangkang tidak pernah menafikan bahawa kekayaan negara yang kita
kecapi merupakan hasil daripada pemerolehan hutan amnya.
Maka kami
dari barisan pihak pencadang tetap seia dan sekata, menyokong mauduk kita pada
pagi ini. Kami tetap bertunjangkan akar nan teguh berpendapat bahawa PENEROKAAN
HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN adalah benar
sama sekali.
Para hadirin sekalian,
Untuk melentur hujah yang dikemukakan
oleh pihak pembangkang sebentar tadi, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan
yang dilakukan oleh pihak pembangkang sebentar tadi.
Wahai
pihak pembangkang..
*kesalahan
tatabahasa
*kesalahan
bidasan
Pulau
Buan di seberang pekan,
Pergi
bedayung menangkap ikan,
Pedang
bidasan sudah kuhunuskan
Perisai
Pembuktian mohon mulakan.
Para
hadirin yang dihormati sekalian,
Bukti
baru yang bakal mengukuhkan hujah pencadang pertama kami iaitu,
PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN
BAGI MENJANA EKONOMI NEGARA.
Pihak
pembangkang serta para hadirin yang saya muliakan,
Disini
saya ada satu fakta hasil daripada kajian (MITPM) University of Australia yang
mengkaji, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 63 negara di dunia yang
hasil ekonominya bergantung kepada hasil hutan. Kajian ini turut disokong oleh
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyatakan bahawa pada tahun
1996, sumbangan di dalam sektor penerokaan hutan merupakan penyelamat kepada
krisis ekonomi negara pada masa itu. Maka, sudah terang lagi bersuluh,
penerokaan hutan wajar diteruskan agar pembangunan ekonomi negara menuju ke
arah kegemilangan.
Beralih
pula kepada bukti baru yang kedua yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kedua
kami bedasarkan hujah,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN
SUMBER MAKANAN
Menurut
ISMAIL HASHIM YAHAYA dalam Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 menyatakan
pandangan bahawa sesebuah Negara akan runtuh jika rakyatnya kelaparan. Hal ini
demikian kerana jika rakyat lapar dalam beberapa hari kerana tidak mampu
membeli barang makanan yang mahal, mereka pasti menunjukkan kemarahan dan
memberontak di jalan-jalan raya. Situasi ini akan menyebabkan negara akan
huru-hara dan membantutkan ekonomi Negara. Cubalah pihak pembangkang tidak
makan tiga hari, pasti pihak pembangkang juga sukar hendak berhujah di sini.
Oleh itu, penerokaan hutan perlu diteruskan untuk menjamin sumber makanan
berterusan kepada manusia. Bukankah
begitu pihak pembangkang?
Seterusnya
bukti baru kami yang ketiga yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kami yang
kedua iaitu,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN
PENDIDIKAN RAKYAT
Pihak
pembangkang serta para hadirin sekalian,
Kita ambil satu contoh negara yang
cemerlang di dalam pendidikannya. Finland, telah mengambil langkah untuk
meneroka hutan lebih daripada 30% hutan di negara itu demi membina
sekolah-sekolah. Rakyatnya tahu bahawa pengorbanan kerajaan dalam menghasilkan
modal insan yang berkualiti tinggi. Maka, dalam masa 17 tahun sahaja, negara
Finland merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Dan
untuk makluman para hadirin sekalian, kerajaan Finland telah pun mememulihara 70%
daripada hutan yang ditebang itu. Maka Pihak pembangkang, Penerokaan hutan amat
berguna kepada kita demi meneruskan pembangunan negara. Yang penting kita harus
memuliharakannya.
Para
hadirin serta pihak pembangkang yang saya hormati,
Sebelum
saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami pihak pencadang
tetap menyokong Tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, iaitu PENEROKAAN
HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN benar sama
sekali.
Sekian
Satria Tunggal Chunghua Mohon MENCADANG.