Sosiologi pula didefinisikan
sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan
masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden.
PERANAN SOSIOLOGI
Ø Nasionalisme
Ø Persekitaran
Ø Propaganda
Ø Ritual
Ø Spiritual
Ø Pengeluaran
Ø Pemujukan.
Ø Perniagaan dan pedagangan.
NASIONALISMA
Pembelajaran seni visual,
aktiviti dan apriasasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan
Negara.
PERSEKITARAN
Mengukuhkan kepekaan dan
sensitivity terhadap kepentingan sekelilng yang memberi kesan kepada kehidupan.
PROPAGANDA
Seni visual sebagai saluran untuk
menyampaikan dan menyebar idea, hasrat, atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
RITUAL
Seni visual dalam melaksanakan
ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan
masyarakat.
SPIRITUAL
Seni visual untuk ketenangan,
kepusan dan keselesaan.
PENGELUARAN
Hasil seni visual berasakan
kaedah factor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Hasil karya berunsur
pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.
PEMUJUKAN
hasil seni visual berupayaan
membentuk empati dan tarikan.
PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN
Pembelajaran seni visual.
Aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi
untuk perniagaan dan perdagangan.
Peranan
sosiologi
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :
Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis
Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)
Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Harimau Berantai
Kaum Mah Meri percaya ukiran patung Harimau Berantai melambangkan
jeimaan semula semangat harimau. Dalam dongeng Mah.Meri, harimau ditangkap dan
dibunuh menggunakan perangkap Dewi Besi. Semangatnya akan kembali membunuh
orang yang menjerat harimau menggunakan perangkap yang sama. Oleh itu, kaum Mah
Meri terlebih dahulu akan mendapatkan restu daripada semangat ini sebelum mereka
memasang perangkap dawai besi.
Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.
Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.
Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.