selamat kembali dom! lama suda aku tak update nih.. hehe..almaklum.. aku busy nak kerjaa.. cari duit beli gitare baru!! yeaayy!! hihiii
-dominic-
Tiada apa-apa untuk diselami, Tiada kemana jiwa pengganti. Hanya menanti teman kekasih, Menjadi pasangan kemudian hari.
Tuesday, 22 November 2011
Saturday, 5 November 2011
Mary Immaculate Conception Catholic Church, Kapit, Sarawak
emm...semalam saya pergi ke Kpait.. dan akan balik esok(7 November 2011)..
Matlamat Melawat:
1. Menebus Guna Tiket yang bapa saya beli
2. Jumpa Saudara Mara
3. Mengahadiri Misaa!!yeeaayy!
Kebetulan masa say pergi tu hari Ahad.. jadi, saya menghadiri missa.. bertuah! bez ahhh.. saya bangun penuh bersemangat di awal pagi(tak sabar)..
pintu depan.. bezz.. lokasi nya yg berada di tas bukit menyebabkan gereja ni kelihtan lebih tinggi dan high standard!!
Sementara menunggu missa bermula tepat pada pukul 8:00, kena sembahyang Rosary dahulu..
Siling gereja ni kalu view dengan mata kasar, memang best!! kamera saya ni yg tak berapa best..
nak mula!!
hah!! kumpulan Youth Mary Immaculate Conception Kapit.. penuh Bersemangat dan Rohani.. setiap kali diorang nyanyi, memang badan saya meremang!! Holy Spirit!! Tabik Korang..!
Minggu Selama Ke-32..
Hahh.. Komentator diorang pun Youth Jugak! kalo dekat church asal saya (Sacred Heart Cathedral, Sibu).. Komentator kitorang adala warga dewasa@veteran@40++.. tapi, kat Mary Immaculate Conception Kapit ni adalah Youth! syokk!!
AltarServer of Mary Immaculate Conception..komen saya.. tim ni masih pasif. kurang sistematik..whic mean mungkin kertebatasan mereka koz posisi church kurang sesuai..tapi,saya sanjung mereka dibahgian Konsentrasi serta Fokus semasa missa dijalankan.. diorang begitu Serius!!! salute korang bahagiantuh!
Father.. Shalom Father!! hiuhiiii..
Reader kitorang ari ni...bez..
Baca Injil.. see Altarserver tuh?? Candle Barrel..
mengambil Roti Kudus..
sama!
Communion...hehee..
Menyambut Tubuh Dan Darah Kristus..
Amen!!
Koir!! bez!
Notis!
Penutup.. Miss U Father!!
Altar of Mary Immaculate Conception Kapit..
Cantik Tak.. tolong Rotate..
Chapel of Mary Immaculate Conception Kapit.. mewah!
nice.. ukiran yg sungguh unik!
waahhh!! besar tak??? bezz laa kat sini!
nice...
tersusun indah.. love it!
pandang luar.. kalo view kat singai, cross tu jelas tau!!
Gereja Katolik..yess!! im katolik.. And i really Love it!!
hehehee.. cantik akk..say edit..
heheee..
bezzz.. saya tak bosan amik gambar niii..
haaa... tak ada kaitan la gambar ni.. hahaaa..
Apapun, saya sangat suka gereja kat kapit.. begitu indahh..!!! Love it!!!
Wednesday, 26 October 2011
Kerajaan Akui PPSMI Malaysia Lemah
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.
Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.
Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi.
"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," Muhyiddin dipetik berkata.
Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.-dominic-

Subscribe to:
Posts (Atom)