Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 8 May 2012

TEKS BAHAS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam ) PEMBANGKANG KE-3


 Macam biasalahhh.. teks bahas ni saya buat sendiri.. heheheee..


Cantik menawan si bunga teratai,
Bunga melati tumbuh melata,
Kedua-dua pembangkang sudah pun selesai,
Pembangkang ketiga junjung dipinta.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
          Sayang seribu kali sayang, Hujah pencadang umpama bunga teratai,cantik dipandang namun tidak berjejak di bumi yang nyata. Pihak pencadang yang saya sanjungi, sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa peperiksaan awam memberikan pelbagai manfaat kepada semua pihak.
          Maka kami dari barisan pihak pembangkang tetap berdiri di landasan yang nyata, KURANG BERSETUJU dengan tajuk perbahasan yang diutarakan pada hari ini. Iaitu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam adalah TIDAK BENAR sama sekali!
Para hadirin sekalian,
          Untuk menolak hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh pihak pencadang sebentar tadi.





Kelemahan Pertama yang dilakukan oleh pihak pencadang adalah
Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak pencadang 
Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pencadang pula adalah,





 Pulau buan sberang pekan,
Pergi bedayung menangkap ikan,
Pedang Bidasan sudah kuhunuskan,
Perisai pembuktian mohon mulakan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bukti baru yang bakal mengukuhkan hujah pembangkang yang pertama adalah,
Peperiksaan Awam standard dan seragam.
         
           Warga dewan yang saya hormati sekalian, Bekas Perdana Menteri Mlaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah berkata, “ Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersih dan bermutu tinggi. Dengan ini, setiap peperiksaan awam yang mereka duduki merupakan satu-satunya jambatan untuk mereka berjaya pada thun 2020 nanti.” Maka pihak pencadang yang disegani, tak perlulah sekadar berbicara manis kerana sudah terbukti, pepriksaan awam mampu menjanjikan  kejayaan kepada kita pabila menjelang 2020 kelak.
         




Beralih pula kepada bukti baru kami yang kedua yang bakal mengukuhkan hujah pembangkang yang kedua iaitu,
Menjadi motivasi pelajar.
           Warga dewan yang saya muliakan, saya percaya semua para hadirin pernah menghadapi saat yang gental terutamanya menghadapi peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Jika diimbau kembali ke masa lampau disaat kita duduk di bangku sekolah, sebelum peperiksaan awam bermula sudah pasti anda pernah berfikir, “ Peperiksaan awam kali ini,Saya mesti buat yang tebaik agar dapat mengejar cita-cita pabila dewasa kelak”. Dan di saat itu secara implisitnya anda akan dapat memotivasikan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Pihak pencadang serta warga dewan sekalian, bicara saya bukan manis dibibir sahaja. Namun pendapat saya telah disokong oleh satu kajian (D.I.P.M.) London Institute of Education yang mengkaji, 92.87% para pelajar mampu memotivasikan diri mereka dan mempunyai cita-cita hanya berdasarkan peperiksaan yang mereka hadapi. Nah! Sudah nyata lagi realiti, Pperiksaan awam mampu memotivasikan seorang pelajar.


Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami pihak pembangkang tetap tidak bersetuju dengan Tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, Kami berpendapat bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih baik daripada peperiksaan awam adalah TIDAK BENAR sama sekali!


Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Membangkang.




Bahas Piala Ketua Menteri 2012
(Menteri ke-3)

4 comments:

Syira said...

Thank you sangat2 sebab teks ni banyak bantu saya :)

Anonymous said...

x de bahas pembangkang pertama,ke-2 & ke-4 ke???

Anonymous said...

Terima kasih sebab memberikan serba sedikit idea buat saya ....

Anonymous said...

Terima Kasih.. Benda nie banyak membantu saya..