Apa khabar rakan pembaca? Begitu lamatidak
bersua. Kali ini saya nak luahkan perasaan saya yang tengah dilamun godaan
seorang individu yang baru pindah kat sekolah tu.
Dia orang yang pendiam. Tenang namun
menawan hati yang sudah lama tidak berpunya ini. Walaupun dia lebih awal
mengenali dunia ini daripada saya.. tapi saya tak kisah. Kerana saya suka orang
yang lebih berpengalaman daripada saya. Kalau mata sudah terpikat, kedut di
muka pun tak peduli. Kan?
Bagaimana dia mampu memikat hati saya?
-Kali
pertama saya lihat dia adalah pada hari pertama dia berpindah ke sekolah saya.
Mula2 tu, saya buat tak pedulilahh..alaa, maklumlah, saya ingatkan orang yang
baru masuk sekolah ni, semuanya sama.. semuanya nakal2 belaka. Tapi, dia ni
lain lah.. kelihatan begitu tenang dan pendiam. Maka saya pun mulalah menghidu
segala pergerakkan nya sehingga sekarang. Dan saya tahu, dia seorang individu
yang begitu setia. Berdasarkan perwatakannya.
Adakah dia mengenali saya?
-
Ermm.. pada mulanya, dia
memang tak kenal saya. Malahan, dia tak pernah memandang saya. Saya tahu, sebab
saya baru perasan yang pada HARI INI dia begitu ghairah melihat saya. Hahaha..
Bukan apapun, pada hari ini ada perhimpunan, kebetulan penyampaian hadiah untuk
pasukan BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2012, dimana saya adalah salah seorang
pembahas. Yelaah kann, dah naik pentas tu, mestilah semua orang lihat. Begitu
juga dengannya.. Jadi, bermula disaat itu, dia sering curi2 memandang saya. Dan
saya pun perasan jugaklahh.. sebab kawan saya yang bagitahu. Ada jugak pada
satu masa tu(masa perhimpunan juga lah) saya dan dia bertentangan mata lebih
daripada 10 saat dengannnya. Apalagi, saya pun kalah.. sebab saya ni memang tak
kuat untuk memandang anak mata individu yang sedang memandang saya. Maka,
cairlah hati saya..!!
Bagaimana pula seterusnya?
-
Lepas ni, saya akan berusaha
mengorek semua perkara tentang beliau. Dari lahir hingga lah kini.. hehhe..
saya harap kali ini saya tak tersalah pilih seperti yang sebelumnya.
AKhir Kata.. sAalam sejahtera dan
salam 1 MALAYSIA. Semoga anda bertemu dengan pujaan hati masing-masing.
1 comment:
Sweet lah..HEHE..
Post a Comment