Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 25 July 2012

KELAB KEBUDAYAAN (NGAJAT) SMKCH, SIBU.



 Fuhh.. penat lah minggu ni..

Tapi saya jamin minggu ni adalah minggu yang sangat menyeronokkan bagi pecinta seni dan kebudayaan Dayak.  Pada minggu ni, Ahli Kelab Kebudayaan yang terpilih(Seramai 15 orang) telah mengadakan perjumpaan yang beragendakan perbentangan koleografi oleh jurulatih Ngajat Kelab Kebudayaan sendiri. Latihan untuk tarian Ngajat ini adalah untuk persembahan bagi Kelab Kebudayaan dalam Majlis Graduasi pada bulan September 2012 nanti. Hasil yang sangat memberansangkan, semua ahli mampu menyedut semua ilmu yang dicurahkan oleh dua orang koleografi bagi tarian Ngajat iaitu REMY ANAND dan DEBBIE SHARMILA. Perjumpaan pada minggu ini diadakan sebanyak tiga kali(lebih kerap diadakan daripada sebelumnya memandangkan para penari akna menghadapi peperiksaan) iaitu pada hari SELASA, KHAMIS (sesi  pagi)dan JUMAAT(sesi pagi&petang). Tahniah kepada para ahli Kelab Kebudayaan yang terpilih dalam tarian ini. Yang tidak terpilih, anda boleh cuba lagi pada tahun hadapan. Kepada Koleografer, semoga Berjaya dalam proses pengajaran anda.

Sekian,

DOMINIC ANDING,
SMK CHUNG HUA SIBU.

Wednesday, 18 July 2012

TERPIKAT DI PANDANGAN PERTAMA


 Apa khabar rakan pembaca? Begitu lamatidak bersua. Kali ini saya nak luahkan perasaan saya yang tengah dilamun godaan seorang individu yang baru pindah kat sekolah tu.
Dia orang yang pendiam. Tenang namun menawan hati yang sudah lama tidak berpunya ini. Walaupun dia lebih awal mengenali dunia ini daripada saya.. tapi saya tak kisah. Kerana saya suka orang yang lebih berpengalaman daripada saya. Kalau mata sudah terpikat, kedut di muka pun tak peduli. Kan?
Bagaimana dia mampu memikat hati saya?
        -Kali pertama saya lihat dia adalah pada hari pertama dia berpindah ke sekolah saya. Mula2 tu, saya buat tak pedulilahh..alaa, maklumlah, saya ingatkan orang yang baru masuk sekolah ni, semuanya sama.. semuanya nakal2 belaka. Tapi, dia ni lain lah.. kelihatan begitu tenang dan pendiam. Maka saya pun mulalah menghidu segala pergerakkan nya sehingga sekarang. Dan saya tahu, dia seorang individu yang begitu setia. Berdasarkan perwatakannya.
Adakah dia mengenali saya?
-      Ermm.. pada mulanya, dia memang tak kenal saya. Malahan, dia tak pernah memandang saya. Saya tahu, sebab saya baru perasan yang pada HARI INI dia begitu ghairah melihat saya. Hahaha.. Bukan apapun, pada hari ini ada perhimpunan, kebetulan penyampaian hadiah untuk pasukan BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2012, dimana saya adalah salah seorang pembahas. Yelaah kann, dah naik pentas tu, mestilah semua orang lihat. Begitu juga dengannya.. Jadi, bermula disaat itu, dia sering curi2 memandang saya. Dan saya pun perasan jugaklahh.. sebab kawan saya yang bagitahu. Ada jugak pada satu masa tu(masa perhimpunan juga lah) saya dan dia bertentangan mata lebih daripada 10 saat dengannnya. Apalagi, saya pun kalah.. sebab saya ni memang tak kuat untuk memandang anak mata individu yang sedang memandang saya. Maka, cairlah hati saya..!!
Bagaimana pula seterusnya?
-      Lepas ni, saya akan berusaha mengorek semua perkara tentang beliau. Dari lahir hingga lah kini.. hehhe.. saya harap kali ini saya tak tersalah pilih seperti yang sebelumnya.

AKhir Kata.. sAalam sejahtera dan salam 1 MALAYSIA. Semoga anda bertemu dengan pujaan hati masing-masing.

Sunday, 3 June 2012

CONTOH TEKS BAHAS : PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN


`hai semua.. kmbali lagi ke mood perbahasan. masa ni, team SMK CHUNG HUA VS SMK JALAN OYA. dimana, Pasukan kami(SMK CHUNG HUA) memenangi perbahasan ini.. yang membawa pasukan kami ke semi final pada 23hb Jun 2012 ni. doakan moga kami masuk final. heheee...





Sayang-sayang buah kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang.
         
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
          Persis pihak pembangkang pada hari ini dapat saya analogikan seperti rebung. Keras dipandang, namun dapat saya lenturkan dengan mudahnya. Pihak pembangkang yang saya hormati, saya berharap pihak pembangkang tidak pernah menafikan bahawa kekayaan negara yang kita kecapi merupakan hasil daripada pemerolehan hutan amnya.
Maka kami dari barisan pihak pencadang tetap seia dan sekata, menyokong mauduk kita pada pagi ini. Kami tetap bertunjangkan akar nan teguh berpendapat bahawa PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN adalah benar sama sekali.
 Para hadirin sekalian,
          Untuk melentur hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang sebentar tadi, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang sebentar tadi.






Wahai pihak pembangkang..
*kesalahan tatabahasa
*kesalahan bidasan














Pulau Buan di seberang pekan,
Pergi bedayung menangkap ikan,
Pedang bidasan sudah kuhunuskan
Perisai Pembuktian mohon mulakan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukti baru yang bakal mengukuhkan hujah pencadang pertama kami iaitu,
PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MENJANA EKONOMI NEGARA.
Pihak pembangkang serta para hadirin yang saya muliakan,
          Disini saya ada satu fakta hasil daripada kajian (MITPM) University of Australia yang mengkaji, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 63 negara di dunia yang hasil ekonominya bergantung kepada hasil hutan. Kajian ini turut disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyatakan bahawa pada tahun 1996, sumbangan di dalam sektor penerokaan hutan merupakan penyelamat kepada krisis ekonomi negara pada masa itu. Maka, sudah terang lagi bersuluh, penerokaan hutan wajar diteruskan agar pembangunan ekonomi negara menuju ke arah kegemilangan.


Beralih pula kepada bukti baru yang kedua yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kedua kami bedasarkan hujah,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN SUMBER MAKANAN
Menurut ISMAIL HASHIM YAHAYA dalam Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 menyatakan pandangan bahawa sesebuah Negara akan runtuh jika rakyatnya kelaparan. Hal ini demikian kerana jika rakyat lapar dalam beberapa hari kerana tidak mampu membeli barang makanan yang mahal, mereka pasti menunjukkan kemarahan dan memberontak di jalan-jalan raya. Situasi ini akan menyebabkan negara akan huru-hara dan membantutkan ekonomi Negara. Cubalah pihak pembangkang tidak makan tiga hari, pasti pihak pembangkang juga sukar hendak berhujah di sini. Oleh itu, penerokaan hutan perlu diteruskan untuk menjamin sumber makanan berterusan kepada manusia.  Bukankah begitu pihak pembangkang?








Seterusnya bukti baru kami yang ketiga yang bakal mengukuhkan hujah pencadang kami yang kedua iaitu,
PENEROKAAN HUTAN MENJAMIN PENDIDIKAN RAKYAT
       Pihak pembangkang serta para hadirin sekalian,
          Kita ambil satu contoh negara yang cemerlang di dalam pendidikannya. Finland, telah mengambil langkah untuk meneroka hutan lebih daripada 30% hutan di negara itu demi membina sekolah-sekolah. Rakyatnya tahu bahawa pengorbanan kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi. Maka, dalam masa 17 tahun sahaja, negara Finland merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Dan untuk makluman para hadirin sekalian, kerajaan Finland telah pun mememulihara 70% daripada hutan yang ditebang itu. Maka Pihak pembangkang, Penerokaan hutan amat berguna kepada kita demi meneruskan pembangunan negara. Yang penting kita harus memuliharakannya.
         






Para hadirin serta pihak pembangkang yang saya hormati,
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami pihak pencadang tetap menyokong Tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, iaitu PENEROKAAN HUTAN PERLU DITERUSKAN BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN benar sama sekali.
Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon MENCADANG.