Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 9 March 2012

Contoh Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Ketiga-Pembangkang)

   Muahahaaaa.. Ini adalah antara Teks Bahas yang saya gunakan untuk Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala-Parlimen 2012. Dan untukmakluman pembaca, Teks ini disediakan 100% oleh saya sendiri. yaa.. saya buat sendiri. tanpa bantuan guru. ada tu memang ada laa.. cikgu semak struktur ayat saya, cigu jugak lah yang menasihati saya dalam bahagian persembahan. hehe..jadi, bacalah hasil air tangan saya sendiri.. hehe.. bagus nih!



Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan.
Sayang-sayang Buah Kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang,
Jaga-jaga Pihak Pembangkang,
Menteri Ketiga, datang bertandang.

Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media massa sememangnya mendatangkan banyak keburukan. Maka kami di barisan Kerajaan masih seia  dan sekata, menyokong Usul pada pagi ini.Kami berpegang teguh kepada pendirian kami bahawa Media massa mendatangkan keburukan.

Tuan Yang Dipertua,
            Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihakPembangkang, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan Pembangkang sebentar tadi.

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak Pembangkang ialah…



Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak pembangkang pula ialah…




Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pembangkang ialah.


Tuan Yang Dipertua,
Terlangsai sudah hutang membidas. Kini marilah saya berikan bukti-bukti baru melalui aspek penyalahgunaan kebebasan media massa.

Ahli dewan yang saya muliakan,
Bukti baru kami yang pertama adalah melalui satu kontroversi yang dihasilkan oelh rakyat Malaysia sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih dikenali sebagai Namewee. Beliau telah memuat naik video yang dirakam sendiri olehnya PADA 15 januari 2007 ke dalam (mohon izin yang dipertua) You Tube. Di dalam video ini, beliau telah menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk (mohon izin yang dipertua) I Love My Country Negarakuku.
Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang dimuat naik ini telah digunakan sebagai medium untuk mengkritik Kerajaan Malaysia dari perspektif beliau. Dimana lebih SATU MILLION penonton dalam masa sebulan sahaja. Maka, Kebebasan Media massa telah menjatuhkan maruah Negara sendiri.


Manakala Bukti Baru Kedua kami pula adalah,

            Julian Assange pernah dipenjara selama 10 TAHUN kerana melakukan satu jenayah besar iaitu menggodam sistem Telekomunikasi Negara Australia dan Universiti-Universiti di Australia. Dan jenayah beliau hanya dapat dibuktikan dan dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu dilakukan.
            Tindakan beliau telah membahayakan system Keselamatan Negara sendiri, yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan mereka.

Hadirin yang saya hormati,
Beralih pula kita kepada bukti baru kami yang ketiga.
Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian Buletin Keselamatan Masyarakat di Amerika Syarikat mendapati lebih sejuta kes jenayah membabitkan kanak-kanak, kebanyakan berpunca daripada pengaruh media elektronik.
Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan satu daripada lebih sejuta kes jenayah yan saya katakan tadi.
Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mencadangkan kepada ayahnya memberikan gurunya sebungkus gula-gula beracun.
Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak itu marah berikutan guru berkenaan memberi markah rendah kepadanya dalam peperiksaan. Apabila ditanya si ayah siapa yang mengajarnya berbuat demikian, si anak pantas menjawab,
 ‘’Saya menonton satu adegan di televisyen’’
Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan media massa yang keterlaluan ini merisikokan nyawa seorang guru yang hanya menjalankan tanggungjawab nya sahaja. Wajarkah guru menerima Arus kebebasan media massa ini dengan menggadaikan nyawanya sendiri?

Tuan Yang Dipertua, Serta Warga Dewan Sekalian
 Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami tetap Menyokong Usul yang dibentangkan pada hari ini, KEBEBASAN MEDIA MASSA MENDATANGKAN BaNYAK KEBURUKAN

Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Mencadang.


..yaa.. saya buat Satria tunggal Chunghua, sebab saya sorang ja pembahas lelaki masa tu.hehe.
sumber: Michelle Tee Sieh Wey.

Foto : Dari Kiri, Pembahas Pertama:Michelle Tee Sieh Wey.. Pembahas Kedua:Nur Syukrina Bt. Mahmud.. Pembahas Ketiga: Dominic Anding .. 
Tiada dalam Gambar: Lorita Anak Danggat(Menteri ke-4:Pencelah).. Fung Xin Ru(Menteri Ke-5:Pencelah)

10 comments:

shaz said...

ada guna pantun dan sebagai panduan buat teks. thanks :D

Unknown said...

yAHH,.. hehee..

Anonymous said...

Teks yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Sudilah mengunjungi blog saya: http://belajardebat.blogspot.com

Aisyah Zainal said...

wow,pinjam sebagai contoh ye :)

Unknown said...

Wooww , so amzing ! Nak full skrip boleh tk ? Emelkan zulhylman12@gmail.com

Unknown said...

boleh tk berikan full teks . Emelkn sebelom 30hb .zulhylman12@gmail.com

Anonymous said...

waaaa!!!
t'baik r...
helpful gler 4 my bahas!!!
thx DOM!!!

Unknown said...

Tq sngt mbntu utk sya

Anonymous said...

act still didn't get it

Anonymous said...

Mohon dipinjam sebagai rujukan dan contoh. Terima kasih.