Engkaulah lagenda kami.
Disaatku jatuh, ku diangkat semula.
Tiada
setitik airmata ku jatuh ke lantai,
Kerana
engkau, ayah dan ibu penawar duka.
Di onak
duri menerjah jiwa, engkau menjadi selimutku
Takkan
pernah kau biarkan semangatku luntur,
Tiada
pernah harapanku terkubur di depan restu-mu, Lagenda.
Terima kasih lagenda,
Kerana
engkau, ku lihat bunga menguntum,
Kerana
engkau, pokok-pokok melambai kegembiraan di hadapanku.
Kerana
engkau, masa mengiringi setiap langkah ke hadapan.
Lagenda,
Tiada
setitik keringatmu ter-sia,
Segalannya
dicurahkan demi kesempurnaan hidupku.
Tidak
pernah engkau mengeluh kesusahan,
Demi
menatap cebisan senyuman kami yang tidak pernah syukur.
Tiada
luka yang kau tunjukkan,
Demi
sedetik kegembiraan tanpa kerisauan pada kami.
Tabahnya,Hati
mu oh ayah,
Membesarkan
kami.
Sabarnya
dirimu Oh ibu,
Melayan
karenah kami selama ini.
Lagenda,
adakah
dapat kami mengikut jejakmu?
Mungkinkah
dapat hidup kami diteruskan sekiranya dahulu tiada curahan kasihmu Lagenda?
Dapatkah
kita berdiri jika dahulu tiada suri teladan?
Maafkan kami ibu,
Kerana
dahulu kami tidak meratap seksamu,
Yang
sering mengguris hatimu.
Maafkan kamu ayah,
Kerana
dahulu kami tidak pernah memanjat kesyukuran,
Ke atas
keringat yang kau korbankan untuk kami.
Munkin kita tak sedar,
Tetapi
merekalah Lagenda!
Mereka
lah Juara!
Mereka
meredah onak duri demi memberi laluan kejayaan kepada kita.
Mereka
lah yang mendayung perahu kehidupan kita ,
Walaupun
ombak setinggi langit.
Tiada sepatah madah penyesalan pada mereka,
YA, Mereka lagenda!
Nukilan,
DOMINIC ANDING
No comments:
Post a Comment