Malaysiaku, kau terlalu istimewa,
Seringkali ku terfikir,
Adakah
lagi Negara seperti Malaysia?
Burung bebas
berkicauan,
Sayup kedengaran
daun bersentuhan,
Saling
menyapa mengukir senyuman.
Bukan madah tiada helah,
Lihatlah
di atas langit sana,
Masih adakah letupan mencabut nyawa?
Lihatlah
di tanah ini,
Masih adakah darah yang mengalir?
Ditemani ledakan periuk api?
Andai dipisah lagu dan irama,
Sekali lagi jiwaku
melayang,
Dapatkah kita bersama,
jika dahulu tiada perwira?
Mungkinkah angin menghembus
telapak tangan,
Jika
dahulu tiada yang berjuang?
Mana mungkin semangat ini
hilang,
Melangkah ke hadapan
menggengam harapan bangsa.
Cintaku, buka cinta biasa,
Mereka
berjuang kerana inginkan kita sekarang hidup tenang.
Mereka
biarkan jiwa di korban,
Asalkan
bangsa mereka kekal bercambah.
Mereka
biarkan diri diratapi,
Asalkan
warisan Negara teguh berdiri
NUKILAN,
Dominic Anding,
(PPISMP PSV JUN 2013)
No comments:
Post a Comment