Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 21 October 2011

Potreta seorang Jejaka : Sayangi Aku

Salahkah aku jika menegakkan Benang
walau basah, namun dialuri kebenaran
Kebenaran yang mengalir dengan penuh Kesetiaan
Yang menjanjikan kehidupan bahagia..

Walau launganku menusuk sakit pendengaranmu..
Namun pastikanlah ..
Kau akan menangis disaat aku senyap..
Walau perlakuanku Menyakiti deria pandangmu..
Namun pastikanlah ..
pandangmu dialiri air jernih membawa erti rindu..
Walau hatimu tidak tahu bagaimana perasaanku disaat ini..
Namun pastikanlah./.
 kau akan meraung kekesalan..

Kerana tidak menyelami Hatiku ketika aku sayup dihadapanmu..

Maka, dengari bisikkanku..
bisikkan halus membelai kata rayu..
Maka, pandanglah aku..
ketika pancaran suci menyinari dunia mu..
Maka fahamilah hatiku 
sebelum Hatiku ditutup untukmu..


aku ingin dilaungi..
sepertimana aku menyanjungimu..
aku ingin disayangi..
sepertimana aku membayangimu..
adirasa..
adiwarna..
adiwaktu..
kita akan bertemu di akhirmasa..

LUAHAN POTRETA..
-dominic-

No comments: